Cart 0

Halia

Halia (Zingiber officinale Roscoe) merupakan sejenis tumbuhan yang selalu digunakan sebagai rempah perasa dalam masakan. Tanaman ini dipercayai berasal dari China dan kemudian merebak penggunaannya ke India, Asia Tenggara, Afrika Barat dan Caribbean.
Antara negara yang banyak mengeluarkan halia ialah India, China, Nigeria, Australia dan Thailand.

Di Malaysia, terdapat penanaman halia dilakukan di kawasan Bentong, Pahang. Halia yang dikenali sebagai halia Bentong ini merupakan sejenis tanaman umbisi yang telah lama dilakukan oleh pekebun-pekebun kecil di Daerah Bentong, Pahang sejak berpuloh tahun dulu. Halia ini mendapat nama 'Halia Bentong' kerana kualitinya dan kaedah penanamannya dikawasan tanah tinggi berbukit bukau sehingga menerima anugerah peringkat dunia iaitu sebagai 'Geographical Indentification' untuk jenis halia dari kawasan ini. Harganya boleh mencecah RM 30.00 sekilogram

Rizom halia mengandungi air, karbohidrat, serat, kalium, fosforus, kalsium, tenaga, protein, gentian, niasin, asid amino, gingerols, oleoresin, pati minyak, vitamin A, B dan C, lemak, asid organik, minyak meruap seperti zingeron, zinzerol, zingeberal, zingiberin, borneol, seniol dan feladren.

Kegunaan Halia

Masakan dan makanan dan minuman

Halia digunakan sebagai rempah perasa dalam masakan dalam bentuk halia segar, halia kering dan halia bergula. Halia juga boleh diproses sebagai serbuk halia, halia jeruk dan bahan perasa untuk pelbagai makanan seperti sos dan bakeri.

Perubatan

Biasanya dalam perubatan halia diambil dalam bentuk minuman halia, halia kering, air rebusan halia atau pati halia. Halia dikatakan dapat membantu menghadamkan makanan, menguatkan tenaga batin, menambahkan air mani dan membuang angin yang terdapat di dalam usus kecil dan usus besar. Ubat-ubatan dari halia juga dikatakan boleh mengawal beberapa penyakit seperti deman, batuk, migrin, sakit gigi, sakit tulang, sengugut dan sesak dada. Halia juga bersifat karminatif, stimulant dan pembunuh kuman jika diambil sebagai ubat. Penyelidikan yang dibuat oleh penyelidik Universiti Michigan yang diterbitkan di American Association of Cancer Research menunjukkan bahawa halia mampu membunuh sel barah.

Kegunaan lain

Halia boleh diproses untuk pengeluaran minyak dan hasil ekstrak. Bahan aktif dalam ekstrak halia ialah gingerols dan oleoresin. Minyak halia boleh dijadikan bahan perisa minuman buah-buahan, konfeksionari, kosmetik dan ubatan.



Sumber: https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Halia

http://animhosnan.blogspot.com/2017/10/halia-bentong-cecah-rm30-sekilogram.html?m=1



Older post Newer post